Sejak beberapa hari ini, kerap sunggup aku dapat sms-sms. Samada dari yang kenal atau yang tak kenal. Terfikir gak, kenapa pulak sekarang ni ramai sangat suka hantar mesej ni. Kalau tak, bukan senang mereka-mereka ini nak menghantar mesej. yer la kan. simpam mesej hanya untuk awek-awek dan boy-friends jer kan. kawan-kawan ni kadang-kadang jer ingat kan? heheheh...tak da la, aku faham beb...tak kesah pun. saja jer usik-usik kat sini. dah lama sangat tak mengusik orang ni...
berbalik kepada mesej-mesej yang di terima tadi...akhirnya barulah aku teringat, rupa-rupanya maxis ada buat promosi mesej. cuma bayar seringgit, dapat 1500 mesej (kalau tak silap aku lah)... tapi dalam dunia ini mana ada benda yang kalau bagi percuma jer bab... mesti ada perangkap kan...rasanya mereka-mereka ini dah terperangkaplah ni...sebabnya maxis suruh mereka ni habis kan juga mesej-mesej tue dalam tempoh tak sampai tiga hari (kalau tak silap sekali lagi :D). kalau tak habiskan, maka si maxis ni akan memotong tiga ringgit dari kredit yang ada. jadi, semua orang pun menibukkan dirilah untuk bermesej dengan kawan-kawan yang sebenarnya bukan nak mesej sangat pun...cuma nak menghabiskan kredit (jer kan ???). dan kiranya aku ni salah seoranglah kawan-kawan yang dimesej oleh mereka-mereka ini. dan ada diantaranya yang telah lama menyepi diri tapi disebabkan perkara ini, terus bermesej. nampaknya ada bijaknya juga maxis ini untuk mengenakan orang ramai. hahahahaha...padan muka ? boleh la rasanya dikatakan disini.
selamatlah aku tak join sekali, kalau tak, aku pun bolehlah tergolong dikalangan mereka semua ini... hehehehehe... apa-apa pun...terima kasih untuk mesej bertanyakan khabar dan juga mesej-mesej yang di-'forward' kan. dan minta maaflah kerana saya terpaksa memadam semua mesej-mesej tersebut. hal ini kerana peti simpanan mesej saya hanya mampu menyimpan 20 mesej sahaja. dan kepada sesiapa yang ingin menaja telifon bimbit yang baru kepada saya, saya amat mengalu-alukan :)
sekian sahaja dari saya yang kesejukkan ini kerana sepanjang petang hujan telah turun dengan lebatnya dan saya tidak melenakan diri petang ini. namun, rakan sebilik saya yang melenakan dirinya sejak jam 6 pagi tadi masih belum membangunkan dirinya walaupun telah puas kami (saya dan rakan-rakan disekelilingnya) mengejutkan dia. dan dia juga telah ponteng untuk perbentangan petang ini. manakala saya telah ponteng kelas tutorial dimana beliau harus melakukan perbentangan sebentar tadi.

1 comment:
Asyraf u have been tagged!
Post a Comment