Pages

Wednesday, April 9

KITA

kecewa...mungkin ya, mungkin tidak...tapi tetap ada rasa kecewa itu.

malam ini dua perkara membuat saya kecewa. dan kedua-duanya punya satu persamaan namun punya pelbagai perbezaan.

persamaan, kedua-duanya berkenaan dengan kawan, sahabat, rakan atau teman. dalam berkawan memang tak sah kalau tiada salah faham, tersalah di sini dan di sana. namun kita aku cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada terjadinya perkara ini. kerna kita semua tahu, jika ini terjadi...mungkin pelbagai perkara yang kita tak ingini akan terjadi selepasnya. saya bukan manusia sempurna..jika saya manusia sempurna saya tak mungkin akan berada disini. saya juga melakukan kesilapan dan kesalahan. kadang kala terlebih bicara, terlajak kata...namun bukan niat di hati untuk berkurang ajar dengan kawan-kawan. andai kata saya salah, saya minta maaf...dan jika saya tidak salah juga saya minta maaf.

hormat dan kepercayaan...itu yang saya berikan sepenuhnya dalam persahabatan. dan ini sahaja yang saya mampu berikan...kerna seperti yang saya katakan tadi...saya bukan sempurna. tidak ada apa pun yang saya pinta... cuma harapan saya, agar saya dapat menggembirakan hati semua kawan-kawan saya. tapi saya bukan sempurna...kadang-kadang saya gagal... maaf sekali lagi dipinta disini dan saya benar-benar maksudkan permohonan maaf saya.

saya sangat berkecil hati, berkecik hati, kecewa dan sedih...dan saya tak akan menyebut mana-mana nama pun dalam hal ini.

PERKARA I

malam tadi saya mengetahui satu perkara yang selama ini saya tak ketahui. hanya kerana seseorang dan sebab seseorang, beliau terburuk sangka dengan saya. tak pernah saya fikirkan ini akan berlaku...katanya saya kawan baik, sahabat..tapi saya tak menyangka ini yang dikatakan di belakang saya. tapi saya terima...mungkin bagi dia, saya yang salah. jadi saya terima sepenuhnya. walaupun dengan bukan hati yang terbuka tapi saya tetap terimanya. saya melayan semua orang sama sahaja. kawan baru, kawan lama, sahabat, rakan sekolah dan apa-apa yang seangkatan dengannya. tak pernah saya keluarkan yang "kau lah sahabat aku", "kaulah bestfriend aku", "kaulah kawan aku dunia dan akhitrat"...kerna saya merasakan ada semua adalah sangat istimewa...maka adalah tak adil jika saya melayan anda mengikut 'ranking'.

kalau kamu sukakan seseorang, lafazkan. jangan simpan dihati. jangan hanya simpan sendiri. si dia tak mengetahui pun. andainya dia tahu...dia akan tetap buat tak tahu. jangan cakap dibelakang. kerna dia juga tak akan ambil tahu. saya berkawan dengan dia sama seperti saya berkawan dengan semua orang. tak lebih dari seorang kawan. hanya kawan dan saya tak pernah berfikiran lebih dari itu. andai kata anda terfikir lebih dari itu, maka anda salah. saya tak pernah dan tak terlintas pun di hati ini. kerna pada ketika ini...saya amat mencintai kehidupan saya, kerna saya punya kalian semua yang sentiasa akan membuat saya tersenyum dikala saya hilang kemanisan dalam hidup ini.

tapi jangan lupa sahabat...kamu juga sudah berpunya, sudah berpasangan. jangan kamu lupakan si dia hanya kerna kamu ingin mengejar si dia yang baru. hidup ini ibarat roda, mungkin kamu akan kehilangan kedua-duanya. jadi fikirkan sedalam-dalamnya sebelum kamu membuat apa-apa keputusan.

saya tak pernah menghalang kamu...saya hanya berkawan dengan semua. tak terlintas langsung untuk kecewa jika kamu rapat dengan dia...malah jika kamu berkahwin dengan si dia sekali pun, saya tetap akan datang ke majlis kamu dan mengucapkan taniah kepada kamu. kerna satu sahaja sebabnya...kerna kamu adalah kawan saya. janganlah salah faham tentang saya, kerna niat saya hanya berkawan dan tidak lebih dari itu.

disini saya ingin mohon kemaafan kepada kamu jika kamu fikirkan saya ini terlebih sebagai kawan. sudah saya jelas kan pada semua yabf bertanya pada saya, saya hanya berkawan sahaja dengan dia. namun, kamu tak pernah bertanya pada saya. kamu membuat asumsi kamu sendiri dan kamu hidup di dalam fantasi itu sendiri. sendiri tanpa mengetahui akan fakta sebenarnya, akan mengetahui perkara yang sebenar. tanya pada saya dan saya akan memberikan kamu jawapan yang jelas tanpa ada bengkang-bengkok.

PERKARA II

sudah hampir tiga tahun perkenalan kita, persahabatan kita. kamu kata saya kawan baik kamu. okay...baiklah. tapi saya tak pernah mengiyakan...kerna bagi saya rakan-rakan dan kawan-kawan adalah sangat istimewa, kamu semua adalah anugerah tuhan kepada saya. tanpa kamu siapalah saya ini. hanya insan kecil sahaja.

minta maaf jika apa yang bakal saya katakan ini akan menyakitkan hati kamu. tapi kerana terlalu menjaga hati kamu, ramai disekeliling saya yang terluka dengan sikap kamu. saya tak kisah jika saya yang terluka. tapi janganlah membabitkan orang disekeliling saya, disekeliling kita, sebab mereka tak bersalah. jika kamu marahkan saya...hemburkan pada saya. luahkan pada saya di depan saya. jangan simpan, jangan sampaikan melalui orang tengah...sebab saya lebih selesa dimarahi secara berdepan daripada saya tak tahu hujung pangkalnya.

saya cuba buat kamu gembira, saya cuba pastikan kamu sentiasa gembira. tapi bagi kamu..ianya tak pernah cukup kan. kamu mahu kan keistimewaan. maaf !!! saya tak dapat berikan kepada kamu keistimewaan. tapi saya sentiasa cuba lakukan yang terbaik seupaya saya agar dapat menjaga perasan kamu. namun saya rasa kali ini kamu sudah melebihi batasnya. kerna saya juga punya batas-batas. dan kamu telah melepasi batas tersebut. jika dulu, jika saya masih lagi panas baran...sudah tentu penumbuk saya telah melekat di muka kamu. sudah pasti lebat di mata kamu. tapi itu jika dulu lah...

kini saya tidak lagi menggunakan kekerasan. saya belajar bahwa dengan berdiam diri adalah lebih baik. biarlah saya menyendiri. supaya saya dapat ubah hati ini. supaya saya tak perlu rasa sakit hati dengan apa yang kamu buat pada saya. kamu rasa saya salah...cuba kamu fikirkan apa yang kamu telah buat. bukan sahaja saya yang terlibat...ramai yang terkena tempias kamu. tapi tak apa...saya tak marahkan kamu. setiap manusia punya rasa dan hak untuk meluahkannya. kamu tak suka...luahkan. betul atau tidak ianya subjektif. pernilaian kita sendiri yang buat. tiada hitam dan putih kan ? hanya ekspresi sahaja. betul tak?

PERKARA III

maaf !!! jangan kamu katakan kalau kamu tak maksudkan. kerna tiada nilainya maaf itu jika sudah selalu/terlalu mudah kamu katakan. saya sudah lali dengan maaf kamu. kamu kata kamu mahu berubah. jadi berubah lah...tapi jangan berjanji dengan saya. kerna bagi saya janji kamu tak bernilai lagi.

1 comment:

sYiqasyafiqah said...

haih..
sabor je bebyk ye mr nature..
kekdg rs best ramai kawan..
tp kekdg rs sush plk ramai2 ni..
nk kne jg ati ramai org..
even smtimes ati kte sndri yg xterjaga..haih~