Pages

Tuesday, October 21

CARGO : MUDAH N KAN ORANG-ORANG BESAR

bukan apa, ini cuma saya nak meluah kan rasa sedikit. tak ada simpan dalam hati pun. cuma nak bercakap tentang gelagat manusia. manusia yang punya kuasa, manusia yang punya pangkat. tapi...bukan semua nya sama. cuma segelintir, kalau tak segelintir pun...hanya sekuman.

begini lah ya. saya melawat lah satu blog ini. kepunyaan salah seorang pemimpin pelajar. tergerak lah nak melawat sebab kawan saya ada link Si Orang Besar ini. maka di lihat dan di baca tulisan dalam blog Si Orang Besar. bagus...baik... ada info, banyak info. kemudian saya baca lagi...entry-nya yang seterus nya. persoalan timbul, apa yang Si Orang Besar tulis lebih banyak pasal diri Si Orang Besar, mana kata nya yang mau bincang tentang masalah yang di hadapi pelajar (masalah air yang hampir seminggu). ber-api cerita nya tentang cerita peribadi Si Orang Besar ini. tak apa lah, blog kamu, kamu punya suka lah.

Terlintas di hati orang kechik ini nak bertanya. sebab dalam notis yang Si Orang Besar keluar kan, sebarang masalah atau apa-apa sahja boleh lah di tulis di sini. jadi saya tanya kan dua soalan mudah
"i- tak adakah perbincangan tentang masalah yang di hadapi student ? (maksud saya masalah air)
ii- ini blog peribadi atau blog presiden ?"
mudah kan soalan saya. direct to the point, tak ada belit-belit + putar-putar + tanpa pengiraan matematik calculus. dan saya pasti kalau saya tanya taraf soalan ini dengan kana-kanak tadika pun mereka boleh jawab dengan mudah tanpa perlu ada emosi. maka jawab lah Si Orang Besar dengan mudah nya.
"Presiden tak sempat nak update... jangan tahu menghentam sahaja."
Apa pandangan anda dengan jawapan Si Orang Besar ini ? soalan saya mudah lah amat sangat dan jawapan satu patah perkataan sahja sudah memadai bagi saya. tapi ini jawapan yang saya terima. adakah ini jawapan mengikut kehendak soalan ? kamu masuk universiti ambil sarjana muda tapi soalan semudah ini pun kamu tak dapat jawab megikut kehendak soalan. kesian. saya tak pasti samada ini jawapan Si Orang Besar atau orang lain. sebab nya dia pakai nickname guess. tak apa lah...maybe orang-orang besar ni terlampau sibuk sampai lupa cara untuk berbudi bahsa.

persoalanya. minta anda tolong jawab kan.
saya takut saya tersalah.

"adakah saya menghentam beliau ?"
baru sebentar tadi saya melawat blog Si Orang Besar, ada orang lain yang besar badan nya juga bertanya soalan lebih kurang sama dengan soalan (ii) saya.

persoalan : ini kah cara nya cara seorang pemimpin pelajar (bukan semua macam Si Orang Besar) jawab pertanyaan seorang pelajar yang seharus nya menjadi tanggungjawab beliau untuk mendengar masalah kami.

saya : saya tak akan jemu untuk melawat blog Si Orang Besar. bukan saya berdendam, tak pun. saya tak ada masa nak berdendam dengan Si Orang Besar. cuma mau lihat bila mana kalau ada update. itu sahja.

p/s : memang betul kata kawan-kawan saya tentang Si Orang Besar ini. cuma dulu saya tak ambil peduli. tapi sekarang saya lagi tak mau ambil peduli. apa ??? mau pukul saya ? try lah...saya lahir pun ber-darah, tak kan lah saya tak melawan balik kalau kamu mau pukul saya. hahahaha

No comments: