Pages

Friday, August 22

CARGO : SUATU KETIKA SEBELUM ADANYA JANGGUT KU

semalam sebelum saya melelap kan mata, saya teringat akan satu perkara ini. berlaku lebih kurang semasa saya dalam tingkatan dua. dulu kalau hujung minngu, biasa nya kan di habiskan dengan melepak bersama teman-teman plastik + pusat snooker + pusat billard & pool + kedai-kedai arcade + rokok + mz + hamed's = semua nya aktiviti-aktiviti yang membuang masa dan tak mendatang kan faedah.

duit pocket saya tak pernah kering...selalu sahja berisi. jangan tanya bagaimana...sebab saya pun tak tau. tapi mesti sahja ada wang kalu setiap hujung minggu.

kalau di snooker center, aktiviti utama tentu lah bermain snooker, hisap rokok pasti kalau ada naga, naga pun surrender... sentiasa berasap sahja mulut saya bersama teman-teman plastik. kalau tak pun, pasti saya akan berada bersama dengan mesin kuda (dulu saya expert, tak main la kalu setakat menang kecil-kecil, paling kecil pun saya menang RM10...tapi tue dulu la. skang saya dah tak men semua tue)

ada sekali tue sedang saya leka bermain di arcade, saya merasa kan ada orang yg berdiri di belakang saya. tapi saya membodohkan diri sahja...leka bermain game kata kan. dalam pocket jeans saya pada tika itu ada sekotak rokok salem light 20's. tatkala leka dan terlampau asyik bermain, saya di tegur. alamak...rupa nya papa. habis lah kali ini. kantoi !!! mampos aku !!! jgn kene tarik keluar metro sudah... mesti malu gila...mesti abes imej... mesti kena jadi bahan ketawa satu sekolah. hahahaha !!!!

tapi tue semua tanggapan awal saya sahja... sebenar nya tak da pape pun yang berlaku. papa sekadar menegur sahja... mama dan adik ada di luar arcade. beli barang keperluan sekolah adik. tanya papa bila mau pulang. dan selamat saya sebab pakai baju yang agak labuh, jadi kotakan rokok di pocket saya itu tak kelihatan... selamat saya. selamat tak di heret satu metro :D

tapi itu semua cerita sembilan tahun lalu... papa dan mama sentiasa memberikan saya sepenuh nya kepercayaan mereka. jarang untuk mereka doubt dengan saya. saya sangat berterima kasih pada mereka untuk itu. untuk sentiasa yakin dengan saya. yakin dengan segala pilihan saya, percaya dengan tindakan yang saya ambil.

walaupun kadang-kadang kami ada yang tidak bersependapat, tapi itu adalah biasa bagi kami. kami lahir dan membesar dalam dua dunia yang berbeza. begitu juga dengan cara kami berfikir dalam kehidupan. punya pro dan contra nya. namun kami sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain, terutama nya mama.

saya tak tahu kenapa saya tulis semua ini pada hari ini. tak ada sebab mengapa dan kenapa. ia nya datang begitu sahja dan tulisan ini ditulis dengan begitu sahja. tak ada second editing. ia nya keluar tulus dari kenangan kehidupan lampau saya.

kalau sembilan tahun lalu, saya masih di bangku sekolah...kini saya masih lagi ber sekolah. papa dan mama masih lagi sama. saya masih lagi sama. saya tetap asyraf faiz yang sama seperti sembilan tahun lalu. kamu boleh cakap apa sahja pasal saya... saya tak akan meng-iya kan atau menidak kan nya. sebab kamu bebas untuk menyuarakan pendapat kamu.

sekian sahja dari saya yang tak seberapa ini. makhluk kechik je pun saya ini...

No comments: