Pages

Friday, August 8

CARGO : PADA PAGI INI JAM 8:45

pada tika pagi hari yang tiada kelas, awal pula sang pria ini membangun kan diri. walaupun sebenar nya si pria ini tidak boleh melelap kan matanya semalam. bukan sebab terlalu banyak berfikir, cuma tarlampau asyik bermain pool sehingga kedengaran azan subuh. dan adalah lebih baik untuk tidak melenakan kan diri kerna yang pasti jika mata ini dilelap kan...sudah pasti hanya pabila matahari sudah menegak barulah bebasahan diri si pria.

semalam rakan-rakan ruggers si pria ber-convocation. maaf ya kerna tidak menjengukkan diri. kehujanan menjadi penghalang... lain lah kalau sio pria ada sebuah kereta, kechik pun tak per :D. dengan ini si pria mengucap kan selamat ber-convocation pada para sang pria ruggers, "convocation with styles la bro !!!!"

malam nya pula...bersama si kaduk bersama si german disamping si ajis dan si sudah konvo aswad. ke murni pula malam ni. kiranya walaupun tak berjumpa di siang nya...namun pada malam hari nya tetap berjumpa dan aktiviti memenuhkan perut sambil memuji kehebatan si kaduk berlangsung lah dengan keriangan nya.

pulang sudah lewat malam...kebosanan tahap maksima kembali semula. huh...bosan nya kehidupan si pria pada tika ini. tiada banyak aktiviti yang boleh di perlihatkan. walaupun malam tadi ada nya party di solaris namum atas sebab punya rasa malu yang tak bertempat, maka terlepas lah party semalam... lain kali aja ya... saya malu dan tiada mood untuk ber-party lah. biar kan sahja mereka bergembira dulu, saya kejar kamu semua dari belakang...jangan risau, saya pasti tak kan ketinggalan !!!

malam ini ada acoustic nite di gazebo...yang pasti-nya sepastinya saya mahu turut hadir.

esok, ber-convocation nya rakan-rakan dari fakulti sastera & sains sukan... kene pasti hadir. ada foto yang perlu di ambil....tidak boleh ketinggalan. malam nya, mock trial di fakulti undang-undang.. juga pasti tak mahu ketinggalan...rugi amat sangat kalau tertinggal

ahad nya...rasanya mahu pulang ke rumah. jumpa sama papa & mama. bukan rindu, cuma rasa mahu berjumpa sahja.

minggu depan, update nya kad matrik supaya boleh pinjam buku di library. perlu hantar nya pula proposal untuk latihan ilmiah. segala dokumentasi berkaitan jpa juga harus di selesai kan. ke skr juga jangan ketinggalan...mahu buang subjek yang tak pernah masuk ke kelas, tak tahu lah masih boleh atau tidak. foto-foto adik-adik yang telah dibayar juga mesti di edar kan...kalau tidak, bingit telinga ini.

apapun...semua ini perlu dibereskan. suka atau tidak, yang pasti ini adalah kewajipan. mahu atau tak, tanggungjawab perlu di selesaikan. lagi cepat, lagi baik.

No comments: