Pages

Thursday, May 8

MALAM SEMAKIN MALAM

semalam selepas sahja dinner saya terus pulang ke rumah. ingin settle kan tentang program pra-pekerjaan yang perlu di-confirm kan hari ini. maybe kerja last minute daripada SKET. bergegas pulang dengan motorsikal kecil ku tapi masih gagah di jalan rakyat. dalam perjalanan pulang sempat juga melihat sedikit rusuhan kecil di persimpangan sebelum tol 60 sen. rugi nya kerna tak di bawa baby mia bersama. kalau tidak tentu boleh di-snap juga serba sedikit gambaran kejadian.

tujuan balik semalam adalah untuk menghantar baju-baju yang terlupa untuk diangkut bersama pulang pada malam semalam. lain daripada itu, mahu melihat wajah kedua orang tua saya. tak puas rasa nya menenung wajah mereka tempoh hari. rindu juga pada adik saya yang telah berjambang. huhu...da kelihatan seusia dengan saya pun ada.

apa lagi ada di rumah ? semestinya saya perlu memasak makanan lewat malam untuk diri ini. memang sudah menjadi kemestian kalau pulang ke rumah, mesti wajib masak untuk diri sendiri. bukan apa, faham-faham jer lah pabila asyik makan di masak/disediakan orang ni...takut pula terlupa cara-cara untuk memasak. tapi kalau yang simple-simple tue boleh lah. tapi sebenar nya saya kelaparan malam semalam. itulah sebab nya ada masakan untuk saya.

hari ini, malam ini ? baru pulang dari SS2. dinner bersama raja lawak Pak Non dan juga si naga Ibni serta Syafiq rakan junior sekolah dan juga dua kawan wanita utara mereka. esok bermula latihan untuk ke MASUM. tadi di beri taklimat di pusat sukan oleh mereka yang berkenaan. semua nya mahu menang. tapi elaun nya tetap sama. aiyo...gmana mau motivate atlit. kami ni student atlit, beri lah elaun lebih sedikit dan jaga lah kebajikan kami. barulah kami boleh berikan sesuatu yang lebih :)

No comments: