CERITA MALAM INI
huh...sebenar-sebenarnya cerita malam dah pun ditulis tadi. cuma tak sampai hati sahja nak di-post kan. bukan apa, cuma nanti mesti ada yang terasa. oleh yang demikian, adalah lebih baik di-draft sahja post untuk malam ini. cuma untuk post kali ni...adalah apa yang saya terfikir untuk kata kan sebentar tadi selepas berborak panjang dengan rakan saya yang saya kenali selama tiga tahun di kampus ini.
kadang-kadang dalam berkawan ni ada banyak sangat benda yang kadang-kadang kita tak sangka. bukan tak nak kita fikirkan tapi kadang-kadang kita malas nak fikir sebab kita rasa benda tue tak penting. dan masa nie lah ada (mungkin) orang-orang yang dengki atau tak berpuas hati dengan persahabatan kita itu ambil kesempatan yang sekecil hama ini untuk merosakkan apa yang di namakan persahabatan itu.
saya ? saya alami juga perkara ini. memang tak sangka. orang yang kita anggap kawan, rupa nya musuh dalam selimut. sanggup merosakkan persahabatan orang lain hanya sebab hajat nya tak disempurnakan. kalau tadi memang saya memaki hamun orang-orang tersebut, tapi sekarang saya memilih untuk memaafkan mereka. maybeorang-orang ini masih tak cukup matang atau cemburu dengan persahabatan kami. tapi tak pe la (tak per lagi) perkara dah berlalu dan saya tak nak ingat lagi.
cuma harapan saya agar orang-orang ini berubah lah. sebab Allah itu Maha Adil, Maha Besar & Maha Esa. apa yang anda cuba lakukan maybe suatu hari nanti akan terjadi pada anda. tiada siapa yang tahu kan ?
saya ? saya tak kisah pun dengan mulut-mulut anda. walaupun anda telah hebahkan ke satu kolej tentang perkara buruk pasal saya. saya terima. saya redha. ini ketentuan Yang Maha Esa. mana mungkin saya dapat tolak. ada hikmah di sebalik yang berlaku ini bukan.
persahabatan kami bukannya seperti ranting kayu dan bukan juga seperti pasir di pantai. memang sekejap kami baik, kemudian kami bertegang urat. tapi itu lah kami. itu lah persahabatan kami. kami biasa dengan jenis persahatan kami. memang kami mengeluh kadang kala, tapi itu semua kerna orang-orang seperti anda lah yang menggoncang persahabatan ini. persahabatan kami ibarat air di lautan. tak kira apa yang berlaku, kami tetap akan bersama. ribut taufan, puting beliung atau tsunami...semua kami lalui, semua kami tempuhi tanpa ada yang dapat pisah kan kami.
maaf lah yer kepada orang-orang tersebut. maybe niat anda bukan untuk sakitkan sesiapa. tapi cara anda salah. saya tak minta anda untuk berhenti daripada berbuat begini. cuma tolong...saya minta tolong agar anda tidak lakukan perkara yang sama terhadap rakan baik anda (itu yang anda kata kan pada semua). sebab persahabatan anda dan dia hanya akan musnah kerna sikap anda sendiri. bukan sebab orang lain. saya cuma minta tolong, kalau anda tak buat pun tak ada salah nya.
saya rasa ini sahja daripada saya malam ini. walau apa yang berlaku, persahabatan saya dengan Anda Tahu Siapa Anda tak akan putus hanya sebab wujud nya cucukan jarum daripada Anda Juga Tahu Siapa Anda. saya tak pernah lupa kan anda tahu siapa anda. cuma saya ini orang babarian...saya cakap straight, tak ada filters...tapi bukan niat saya nak sakit kan hati anda tahu siapa anda. kalau saya tak sayang kan persahabatan ini, adalah lebih baik saya biarkan sahja anda buat perkara yang anda rasa betul walaupun sebenar nya memang salah. ini cara saya, maaflah kalau saya terkasar bahasa atau tersalah kata.
p/s : zaffy if you read this, i will try not to be harsh on Anda Juga Tahu Siapa Anda even though i do think that i should punch him on his face just now. i'll try okay.
2 comments:
uuuuuwwwwwwww......
haha.. no comment la dear...
as long as 'u no who' x kacau ur life ^^
ppl sometimes do crazy stuff just to hv what they want.. and this 'u no who' seems v lost in his life
and if 'u no who' is crossing d line, then i izinkn u punch him ;p
~zaffy~
i wish i wont be in that situation in future...
Post a Comment